Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

240) Masalah Ekonomi Mahasiswa

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat ramai mahasiswa yang mengalami kesusahan untuk menerusi pelajaran disebabkan bebanan ekonomi, bagaimana kerajaan boleh membantu mahasiswa di Selangor untuk mengatasi masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan menyedari tentang bebanan ekonomi yang dihadapi mahasiswa untuk meneruskan pelajaran. Sehubungan itu, terdapat tiga (3) inisiatif yang telah diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah kewangan tersebut dengan inisiatif  – inisiatif seperti berikut:

    i. Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)

    Program HPIPT ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2008 bagi membantu keluarga berpendapatan rendah  dengan memberikan insentif sebanyak RM1,000.00 kepada anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf Kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Pelajar yang berminat boleh melayari laman sesawang HPIPT: https://hpipt.selangor.gov.my bagi menyemak  syarat – syarat kelayakan permohonan.

    ii. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)

    Kerajaan Negeri juga menawarkan pelbagai bentuk pembiayaan pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM16.3 juta bagi tahun 2020. Mahasiswa Selangor yang melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara boleh memohon pembiayaan melalui program-program di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor seperti berikut:

    1. Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara
      Pinjaman tanpa faedah bagi pengajian peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di universiti awam seluruh Malaysia dan IPTS di Selangor dan Kuala Lumpur.
    2. Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara
      Pinjaman tanpa faedah bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD di institusi terpilih luar negara.
    3. Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor
      Biasiswa penuh bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda di ndi institusi terpilih luar negara.
    4. Biasiswa Sagong Tasi
      Biasiswa bagi pelajar orang asli melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UNISEL, KUIS dan Kolej INPENS serta universiti awam dalam Selangor.
    5. Selangor Bitara
      Biasiswa penuh bagi pengajian dalam bidang strategik dan ‘industrial critical’di universiti terkemuka di luar negara.

     

    Pelajar yang berminat boleh melayari laman sesawang TKWBNS: http://tkwbns.selangor.gov.my/ bagi menyemak  syarat – syarat kelayakan permohonan.

    iii. Program – Program Bantuan Lain Bagi membantu Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi

    • Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menyediakan Bantuan Pakej Data Internet kepada mahasiswa kategori M40 dan B40 yang menuntut di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dengan peruntukan sebanyak RM502,500.00.
    • Bantuan Sara Diri One-Off RM200.00 kepada mahasiswa Anak Selangor yang masih aktif menuntut di Institusi Pengajian Tinggi di Sabah dan Sarawak.
    • Program Makanan Percuma pula diberikan kepada mahasiswa/I institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri yang terpaksa kekal di kampus masing-masing di Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.
    • Manakala bagi pelajar di Mesir, kerajaan negeri melalui Pejabat Atase Pendidikan telah menyediakan keperluan makan asas dan pealatan kesihatan seperti pembasmi kuman dan pelitup muka.
    • Selain itu, kerajaan Negeri juga telah Program Bantuan Mahasiswa Prihatin Darul Ehsan bagi memberi bantuan khas kepada mahasiswa yang terkandas di institusi pengajian tinggi semasa Kawalan Perintah Pengerakan. Bantuan merangkumi keperluan seperti berikut:

     

    a. Pengangkutan kepada mahasiswa yang perlu pulang ke kampung;

    b. Bantuan Makanan kepada mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang dan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri Selangor; dan

    c. Pemberian pelitup muka (face mask) dan hand santizer.

Lampiran

Tiada Lampiran.