Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

63) MASALAH GEJALA SOSIAL

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi membendung masalah gejala sosial yang semakin membimbangkan di Selangor?

    • Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) adalah satu langkah serius yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu gejala sosial yang melanda masyarakat di Negeri Selangor.Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial peringkat Negeri Selangor merupakan satu jawatankuasa yang bersifat holistik ini telah diwujudkan di peringkat negeri dan jawatankuasa di setiap daerah juga  telah ditubuhkan yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, JabatanKebajikanMasyarakat, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen,  Jabatan Pendaftaran, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan    Kampung (JKKK), Ketua-ketua kaum Jabatan Pelajaran Selangor, Pertubuhan Belia,Pertubuhan Wanita, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu bapa dan Guru (MPPBIG), Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis Institusi Pendidikan Islam Selangor, Majlis Permuafakatan   Mahasiswa Selangor, ketua-ketua kaum, Persatuan Pesara, dan NGO,s yang berkaitan.
    • Dalam usaha menangani gejala sosial Kerajaan Negeri menggunakanlima pendekatan dalam memastikan pelaksanaan program-program  menangani gejala sosial mencapai objektifnya iaitu Pencegahan,Pendidikan,Pencelahan, Penguatkuasaan dan Pemulihan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.