Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

245) MASALAH GERAN TANAH PENEROKA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Seramai 24 orang peneroka dari Kampong Bukit Cerakah yang di cicirkan dari senarai pemberimilikan tanah oleh Kerajaan Negeri Selangor yang lalu telah bersabar menunggu selama 37 tahun untuk mendapatkan hak mereka. Apakah langkah-langkah yang akan di buat oleh Kerajaan Negeri Selangor sekarang di bawah Pakatan Rakyat untuk melayakkan mereka menerima Surat Kelulusan Pemberimilikan Tanah ( Notis 5A ) ?

    1. Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat telah menetapkan bahawa permohonan pemberimilikan tanah diproses semula oleh Pentadbir Tanah secara berkelompok atas tujuan pemutihan kes-kes penerokaan tanah kerajaan mengikut sesuatu kawasan dalam daerah. Dalam usaha ini semua permohonan yang telah diproses oleh Pentadbir Tanah sebelum ini adalah bergantung pada kes telah dikembalikan secara berkelompok dan ini menjurus kepada kelewatan dalam memproses permohonan

    Prosedur Permohonan Pemberimilikan Tanah :-

     

    1. Mereka yang layak di bawah Peruntukan Seksyen 43, Kanun Tanah Negara  (KTN) yang telah diluluskan pemberimilikan di bawah Seksyen 76,  KTN  oleh  Pihak Berkuasa Negeri;

     

    1. Mereka yang telah menjelaskan bayaran premium dan lain-lain bayaran yang ditetapkan seperti di Notis 5A; dan

     

    • Mengemukakan Sijil Akuan Ukur daripada Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung Malaysia bagi permohonan Agensi Kerajaan/Syarikat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.