Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

230) MASALAH HAIWAN DAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kawasan mengikut PBT yang bebas daripada haiwan dan serangga pembawa penyakit?

    Tiada PBT di negeri Selangor malah PBT-PBT lain di seluruh negara yang bebas daripada haiwan dan serangga pembawa penyakit, misalnya nyamuk aedes vektor demam denggi. Walau bagaimanapun, negeri ini telah diisytiharkan bebas daripada penyakit zoonotik haiwan domestik iaitu Anjing Gila (Rabies), Selesema Burung (Avian Influenza), Nipah Babi dan “Mad Cow Disease”  (Bovine Spongiform Encephalopathy).

Lampiran

Tiada Lampiran.