Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

211) Masalah Haiwan Liar

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak kes kacau ganggu monyet, anjing dan khinzir malah Perhilitan menghadapi masalah kekurangan sangkar perangkap untuk menangkap monyet. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

    Jabatan PERHILITAN telah menjalankan pelbagai usaha mitigasi bagi mengatasi dan mengurangkan jumlah aduan daripada orang ramai yang diterima setiap hari dengan kaedah- kaedah seperti pemantauan, pelupusan populasi secara terancang, tembak-halau dan tangkap-pindah. Tindakan penakaian (culling) ini adalah merupakan kaedah biasa yang diamalkan dalam pengurusan hidupan liar. Kaedah ini digunapakai bagi mengawal populasi melalui pengurangan secara terkawal spesies konflik seperti kera dimana spesies ini menyumbang kepada aduan gangguan yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Ini bagi mengelakkan kelimpahan populasi spesies berkenaan yang boleh mendatangkan kemusnahan dan menjadi ancaman kepada keselamatan orang awam.

    Antara usaha-usaha strategi pengurusan konflik hidupan liar ini sebelum tindakan penakaian dijalankan adalah menerusi inventori menyeluruh populasi kera di kawasan yang bermasalah. Selain dari itu, pihak jabatan dari masa ke semasa mencuba kaedah keberkesanan pengawalan melalui rekaan-rekaan inovasi terutamanya rekacipta perangkap yang boleh digunakan untuk memerangkap bilangan Kera dengan banyak disamping menjimatkan kos dan masa.

    Dalam usaha ini kekurangan perangkap sering menjadi isu dalam menangani aduan kera , babi hutan yang dilihat semakin meruncing setiap tahun di negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan pada tahun ini sebanyak RM 60,000.00 Kepada Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor dalam melipat gandakan usaha mengurangkan konfiik hidupan-liar — manusia di negeri Selangor. Dalam pada itu juga,

    Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor turut menggalakkan sumbangan perangkap komuniti bagi kegunaan masyarakat setempat.

    Walaupun begitu, usaha dan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya dari masyarakat setempat melalui sesi-sesi dialog dan operasi bersama dengan agensi yang terlibat. Tujuan jangka panjang pendekatan lebih proaktif daripada semua pihak adalah diperlukan memandangkan ianya merupakan spesies yang mempunyai kemandirian yang tinggi, mudah membiak serta tinggal berdekatan dengan penempatan manusia bukan sahaja di kawasan-kawasan kampung malah hidup di bandar-bandar besar yang mengancam keselamatan orang ramai. Oleh itu, segala tindakan yang dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN adalah secara berhemat dan berhati-hati agar kesejahteraan orang ramai terjamin di samping menjaga kelestarian hidupan liar di negeri Selangor.

     

    Maklumat Tambahan

    Hidupan liar yang diperoleh secara pengawalan Tangkap-Pindah ditangkap menggunakan perangkap yang bersesuaian berdasarkan kepada jumlah dan spesies hidupan liar yang disasarkan dan kemudiannya dipindahkan (trasnlokasi) ke kawasan Rezab Hidupan Liar atau kawasan hutan simpan yang lebih luas dan jauh dari kawasan penempatan manusia. Pelbagai faktor akan diambilKira termasuklah keupayaan had daya tampung sesuatu kawasan terhadap spesies yang akan dilepaskan termasuklah keperluan yang mencukupi di kawasan terbabit. Bagi hidupan liar yang tercedera, rawatan kecemasan akan diberikan pegawai Veterinar Jabatan PERHILITAN dan akan ditempatkan sementara di Pusat Menyelamat Hidupan Liar di Sungkai atau di pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar sehingga satu tempoh yang sesuai dan kesediaan hidupan liar tersebut yang kemudiannya dilepaskan semula ke habitat semulajadi. Walaubagaimanapun, bagi spesies konflik seperti kera, kelompok yang bermasalah dan sering mendatangkan gangguan yang serius termasuk menjadi ancaman keselamatan kepada orang awam akan disuntik secara humane seterusnya dilupuskan melalui cara

    Seiring dengan pembangunan yang rancak di negeri Selangor ini, gangguan kera menunjukkan kadar peningkatan setiap tahun dan membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Peningkatan jumlah aduan yang diterima saban tahun menjadi cabaran kepada Kerajaan Negeri dalam menangani konflik hidupan liar ini oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan PERHILITAN telah menjalankan pelbagai inisiatif dan langkah pengawalan bagi mengatasi masalah gangguan hidupan liar ini.

    Antaranya, Jabatan PERHILITAN menjalankan pelbagai usaha mitigasi bagi mengatasi dan mengurangkan jumlah aduan daripada orang ramai yang diterima setiap hari dengan kaedah-kaedah seperti pemantauan, pelupusan populasi secara terancang, tembak-halau dan tangkap-pindah. Tindakan penakaian (culling)  ini adalah merupakan kaedah biasa yang diamalkan dalam pengurusan hidupan liar dan digunapakai di seluruh Malaysia yang dilihat memberi kesan untuk jangka masa pendek. Kaedah ini digunapakai bagi mengawal populasi melalui pengurangan secara terkawal spesies konflik seperti kera di mana spesies ini menyumbang kepada aduan gangguan yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Ini bagi mengelakkan kelimpahan populasi spesies berkenaan yang boleh mendatangkan kemusnahan dan menjadi ancaman kepada keselamatan orang awam.

    Antara usaha-usaha strategi pengurusan konflik hidupan liar ini sebelum tindakan penakaian dijalankan adalah menerusi inventori menyeluruh populasi kera di kawasan yang bermasalah. Selain dari itu, pihak jabatan dari masa ke semasa mencuba kaedah keberkesanan pengawalan melalui rekaan-rekaan inovasi terutamanya reka cipta perangkap yang boleh digunakan untuk memerangkap bilangan kera dengan banyak di samping menjimatkan kos dan masa. Usaha dan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya dari masyarakat setempat melalui sesi-sesi dialog dan operasi bersama dengan agensi yang terlibat. Isu-isu yang mempengaruhi pengurusan konflik hidupan liar perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak. Kerajaan melalui Jabatan PERHILITAN sentiasa mengalu-alukan pandangan dari pelbagai pihak NGO, pihak berkuasa tempatan, pemaju-pemaju perumahan, masyarakat setempat dalam mencari jalan serta bertukar-tukar pandangan dalam mengatasi masalah gangguan kera ini. Ini penting dalam pelaksanaan langkah kawalan yang lebih proaktif untuk jangka masa panjang.

    Seiring itu, dalam memastikan spesies hidupan liar ini dipulihara secara lestari, pihak Jabatan bertanggungjawab mengambil sebarang tindakan yang praktikal bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat terpelihara dari sebarang ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Langkah-langkah pengurusan yang diambil oleh pihak Jabatan mengambil kira pelbagai faktor dan keperluan orang ramai yang pelbagai. Oleh itu, kaedah-kaedah praktikal dan berhemah seiring dengan keperluan dan kehendak orang ramai adalah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN di samping memulihara spesies hidupan liar ini secara lestari.

Lampiran

Tiada Lampiran.