Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

98) MASALAH HAIWAN TERNAKAN UNTUK PARA PENTERNAK DI BANDAR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah haiwan ternakan adakah Kerajaan Negeri menyediakan tempat untuk para penternak di bandar, satu kawasan penternakan baru? Mohon nyatakan dimana dan berapa keluasannya?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyediakan satu kawasan penternakan baharu untuk para penternak bandar (lembu/kerbau) iaitu Ladang Translokasi Sungai Nilam di daerah  Hulu Luas keseluruhan ladang ini adalah 36.45 hektar (90 ekar) di mana ianya dipecahkan kepada 9 plot penternakan lebih kecil berkeluasan 4.05 hektar (10 ekar) setiap satu supaya lebih ramai penternak boleh menyertai ladang ini.

    Selain daripada Ladang Translokasi Sungai Nilam, Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan Ladang Translokasi Olak Lempit di daerah Kuala Langat. Ladang ini pula berkeluasan 48.6 hektar (120 ekar) dan akan dipecahkan kepada 24 plot penternakan (lembu/kerbau) berkeluasan 2.02 hektar (5 ekar) setiap satu. Perkembangan terkini projek ini adalah kontraktor yang dilantik sedang melaksanakan penandaan sempadan tanah, kerja-kerja parit dan pembersihan tapak. Projek ini dijangka siap pada tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.