MASALAH HAKISAN LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
9) MASALAH HAKISAN LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan hakisan tanah tebing longkang Parit 6 terus berlaku?
Parit 6 merupakan laluan pembuangan air sawah ke laut semasa musim menuai Selain daripada itu, air larian permukaan daripada kawasan perumahan Sekinchan 2 juga dialirkan masuk ke parit 6. Sekiranya air sawah dikeluarkan semasa berlakunya air laut pasang, aras air di bahagian hulu parit 6 akan naik dan melimpah. Sekiranya pertembungan pembuangan air sawah dan kejadian air pasang berlaku, keadaan saiz parit 6 sediada tidak mampu menampung kapasiti air dan keadaan jenis tanah parit 6 tersebut yang merupakan “marine clay” menyebabkan kejadian hakisan terus berlaku.
