Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

87) MASALAH HAKISAN TANAH DI PARIT SEKINCHAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah hakisan tanah terus berlaku di kedua-dua tebing longkang Parit 6 Taman Sri Sekinchan

    Masalah hakisan tanah di kedua-dua tebing longkang tanah Parit 6 Sekinchan
    berhampiran Taman Sri Sekinchan adalah akibat dari kesan aliran air yang agak laju
    ketika keluar ke laut melalui pintu kawalan pasang surut parit 6. Keadaan bertambah
    apabila terdapat halangan yang menjemputkan laluan air. Bagi mengatasi masalah
    tersebut JPS Kuala Selangor telah melaksanakan kerja-kerja membersihkan halangan
    dan memacak bakau di tebing parit berhampiran taman bagi membaiki kerosakan tebing
    yang berlaku.

Lampiran

Tiada Lampiran.