Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

109) MASALAH INFRASTRUKTUR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Seberapa segerakah Kerajaan dapat mengambil tindakan pembaikan kerosakan longkang monsun atau tebing sungai atau longkang?

    Umumnya, Akaun Amanah Caruman Parit telah disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pembaikan ke atas kerosakan longkang monsoon atau tebing sungai. Pada dasarnya, kerja-kerja pembaikan menjadi tanggungjawab pihak pemaju sekiranya longkang monsun tersebut masih belum diserahkan kepada pihak Kerajaan.

    Secara umumnya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor akan mengambil tindakan segera ke atas kerosakan longkang atau tebing sungai bergantung kepada keadaan kerosakan yang berlaku di tapak bina serta kaedah membaikpulih mengikut kesesuaian bagi pemulihan kekal tebing sungai tersebut.

    Secara khususnya, sebarang pengeluaran dokumen bagi kerja-kerja pembaikan perlu melalui beberapa prosedur kerja seperti pengiklanan sebutharga/tender, penilaian sebutharga/tender dan sebagainya. Tempoh bagi prosedur kerja samada melalui perolehan sebutharga atau tender adalah seperti berikut :

    • sebutharga mengambil tempoh dari 2 minggu – 4 minggu dan
    • tender mengambil masa dari 1 bulan – 3 bulan

Lampiran

Tiada Lampiran.