Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

166) Masalah Infrastruktur

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapa kelulusan diberi kepada zon industri tetapi kekurangan kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan air, telefon dan jalanraya?

    Semua permohonan Kebenaran Merancang akan melalui proses semakan dan ulasan oleh tiga belas jabatan-jabatan teknikal termasuk AIR Selangor, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan lain-lain. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kelulusan setelah sokongan daripada jabatan-jabatan teknikal diperolehi. Kebenaran Merancang hanya akan diperakukan setelah pemohon bersetuju mematuhi segala syarat dan kehendak jabatan-jabatan teknikal berkaitan penyediaan infrasuktur bekalan air, telefon, jalan dan parit. Kawasan industri di kawasan Majlis mempunyai kemudahan jalan raya dan boleh diakses oleh pihak industri. Kawasan industri yang baru dibina juga semuanya telah ada kelulusan pelan infrastruktur jalan dan perparitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.