MASALAH JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)
39) MASALAH JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?
JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR
JKR sentiasa komited bagi memastikan keadaan jalan berada dalam keadaan yang baik dan selamat kepada orang awam. Antara inisiatif yang diambil adalah:
i. Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri berkuatkuasa pada 27 Mac 2018. Melalui sitem tersebut, semua aduan termasuk aduan jalan berlubang (pothole) akan dikemukakan ke agensi-agensi yang berkenaan untuk diambil tindakan.
Bagi aduan pothole, JKR Selangor melalui JKR Daerah akan memastikan aduan tersebut ditangani dalam tempoh 24 Jam dan kerja-kerja baikpulih akan dilaksanakan oleh kontraktor/konsesi yang dilantik untuk Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Ia selaras dengan Piagam Pelanggan JKR bagi penampalan sementara pothole dalam tempoh 24 jam dan tampalan kekal dalam tempoh 3 hari selepas aduan diterima serta Akujanji Sifar Pothole yang telah ditandatangani oleh semua Jurutera Daerah JKR pada 17 Februari 2016.
ii. Sistem Intelligent Response System (IRS) telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program Smart Selangor membolehkan orang awam melaporkan kejadian pothole melalui aplikasi Waze dan tindakan diambil bagi menampal pothole di lokasi kejadian oleh agensi penyelenggaraan jalan.
iii. JKR juga merancang untuk membangunkan sistem bersepadu maklumat jalan raya (Integrated Road Information System) yang akan mengintegrasikan sistem sedia ada dan ianya akan dipantau oleh Smart Selangor Intelligent Operations Centre (SIOC).
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Bagi memastikan setiap penampalan jalan berlubang dapat dilakukan dengan kadar segera, Majlis Perbandaran Klang mempunyai pasukan pekerja dan logistik khusus bagi pembaikan dan penampalan jalan-jalan Majlis yang rosak secara jabatan (inhouse). Bahan-bahan binaan jalan seperti premix, bitumin dan coldmixed dibekalkan melalui kontrak bertempoh.
