Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

58) MASALAH JALAN-JALAN DI BAWAH KAWALAN JKR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan jalan-jalan di Negeri Selangor di bawah kawalan JKR kini berada dalam keadaan yang teruk dan berlubang-lubang, contohnya Jalan Banting, Pandamaran. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki dan menurap jalan-jalan JKR tersebut?

    Rancangan kerajaan negeri adalah :-

    Melaksanakan 50% kerja selenggaraan jalan negeri secara kontrak berpusat diperingkat JKR Negeri mulai Mac 2015.

    • Penilaian kerosakan pavement jalan akan dilaksanakan oleh kontraktor pakar mulai Januari 2015 bagi tujuan kerja-kerja pembaikan
    • Senarai jalan-jalan     yang    akan    dibaiki     telah     dikenalpasti     untuk dilaksanakan pada tahun 2015

     

Lampiran

Tiada Lampiran.