Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

26) MASALAH JALAN-JALAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan negeri menyelesaikan masalah jalan-jalan antara taman, jalan-jalan majlis, jalan-jalan negeri dan jalan-jalan persekutuan yang berlopak, berlubang dan mendap akibat kerja-kerja tambakan dan penurapan yang tidak berkualiti ?

    Untuk jalan antara taman, jalan-jalan majlis dan jalan-jalan negeri, audit perlaksanaan terhadap kerja-kerja dari peruntukan MARRIS sering kali dijalankan oleh pihak PWN, UPEN dan dibantu oleh JKR Selangor untuk memantau kualiti kerja yang dilaksanakan ditapak. Manakala untuk kerja- kerja di jalan-jalan persekutuan, kualiti kerja oleh syarikat konsesi Roadcare dipantau oleh Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN).

Lampiran

Tiada Lampiran.