Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

73) MASALAH JALAN RANAP DAN HAKISAN TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan berlakunya jalan ranap dan runtuh di Jalan Utama Bagan Sekinchan Menuju ke Sungai Labu dalam tempoh masa 2 tahun?

    Jalan Utama Bagan Sekinchan berada di atas lapisan tanah lembut/lumpur pantai (soft coastal aluvium) sehingga kedalaman 30m hingga 40m dan jalan ini terletak di tepi parit besar JPS. Disebabkan keadaan ini, sebarang aktiviti pengorekan tanah di tepi jalan atau di dalam parit akan menjadikan tebing jalan menjadi lemah dan runtuh. Di dalam kes ini, ada kesan penggalian jalan oleh Syabas untuk menanam paip ciri bersaiz 1000mm Ø. Juga dikesan aktiviti membersihkan serta mendalamkan parit oleh JPS. Di samping itu, terdapat proses kerukan (scouring) apabila kunci air dibuka. Semua aktiviti ini telah menyumbang kepada keruntuhan tebing jalan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.