Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

100) MASALAH JEREBU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bila jerebu melanda negara terutama di Negeri Selangor

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri apabila jerebu melanda negara terutama di Negeri Selangor, adalah seperti berikut:

     

    • Mengaktifkan Perintah Larangan Pembakaran Terbuka yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar;
    • Mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang menggariskan tindakan-tindakan oleh setiap agensi terlibat berdasarkan Indeks Pencemar Udara (IPU);
    • Jabatan Alam Sekitar mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan;
    • Mewar-warkan melalui media mengenai status IPU serta menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengambil langkah pencegahan ketika musim jerebu;
    • Unit Pengurusan Bencana Negeri menyelaras tindakan melibatkan agensi-agensi berkaitan terutama melibatkan kebakaran berskala besar;
    • Jabatan Pendidikan Negeri mengambil tindakan menutup sekolah-sekolah apabila IPU melebihi 200 selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan; dan
    • Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan undang-undang lain yang berkaitan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah & Daerah dengan mengambil tindakan ke atas pihak yang didapati melakukan atau membenarkan aktiviti pembakaran terbuka termasuk pemilik tanah;

     

Lampiran

Tiada Lampiran.