Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

77) MASALAH KEBERSIHAN DI KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri selanjutnya untuk mengatasi keadaan kebersihan di Klang yang kini telah berada di tahap yang sangat kritikal selepas manifesto Menteri Besar baru untuk menjadikan Selangor satu Negeri yang bersih dalam tempoh 3 bulan telah gagal teruk?

    • Pada umumnya, isu pembersihan di daerah Klang adalah baik tetapi tidak lagi sempurna dan perlu penambahbaikan dari aspek

     

    • Peranan penduduk di Klang adalah penting untuk bersama-sama menjaga kebersihan di daerah Klang. Jumlah kutipan sampah yang dikutip oleh Majlis di seluruh Klang ialah sebanyak 600-650 tan

     

    • Majlis telah menubuhkan satu jawatankuasa pemantau di kalangan Ahli Majlis dan Ketua Jabatan, MPK bagi membantu MPK dalam memantau pembersihan di Klang.

     

    • Kerajaan Negeri memutuskan bahawa semua kerja-kerja pembersihan di jalan- jalan utama diserahkan kepada PBT kerana ada kawasan-kawasan di luar kawalan

     

    • Perancangan Majlis Perbandaran Klang dalam mengatasi masalah kebersihan di Klang seperti berikut:-

     

    • Pihak Majlis membuat penyusunan semula (rezoning) kawasan perkhidmatan pembersihan dengan inventori yang lebih lengkap dan

     

    • Tindakan yang lebih tegas kepada kontraktor yang gagal menjalankan kerja- kerja dengan sempurna. Contohnya 15 kontraktor pembersihan dan 8 kontraktor kutipan telah

     

    • Meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan bagi operasi-operasi berikut :-

     

    • Operasi
    • Operasi kutu
    • Operasi pengintipan pembuangan sampah
    • Rondaan dan pemantauan berkala di lokasi-lokasi ‘Hot-Spot’ sampah haram.
    • Memperkuatkan dan menyusun semula pasukan ‘In-House’.
    • Disertakan maklumat tambahan mengenai peruntukan pembersihan dan senarai kontraktor kutipan

    JUMLAH PERUNTUKAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DARI TAHUN 2010 HINGGA 2015

     

    TAHUN

    PERUNTUKAN (RM)
    2015 40,560,300.00
    2014 51,156,717.00
    2013 55,682,803.00
    2012 52,608,280.00
    2011 52,875,398.00
    2010 57,311,757.00
    JUMLAH 310,195,255.00

    Senarai Kontraktor Kutipan Sampah seperti di Lampiran A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.