Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

60) MASALAH KEGIATAN JUDI HARAM DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membenteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di negeri Selangor.

    Antara tindakan Kerajaan Negeri untuk membanteras kegiatan judi haram di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    • Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 7/2016 pada 24 Februari 2016 bersetuju supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor melaksanakan tindakan pantas melalui pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu dan serta merta bersama-sama agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan terhadap pengusaha yang menyalahgunakan lesen Pusat Hiburan Keluarga / premis untuk tujuan perjudian. Antara agensi yang berkaitan adalah seperti berikut:-

     

    • Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
    • Jabatan Imegresen;
    • Jabatan Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
    • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID);
    • Pejabat Kesihatan Daerah; dan
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

    Sehubungan itu, pada suku tahun pertama 2016 pelaksanaan operasi bersepadu terhadap 229 buah premis dilaksanakan di mana tindakan penyitaan sebanyak 6048 unit barang/peralatan oleh PBT dan sebanyak 14 tangkapan direkodkan.

    1. ii) Kerajaan Negeri melalui keputusan MMKN Ke 39/2014 pada 8 Oktober 2016 juga telah memaklumkan dan mengarahkan kepada semua PBT Negeri Selangor supaya lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang disalah gunakan sebangai pusat perjudian dibatalkan dan menutup premis tersebut sebagai tindakan tegas Kerajaan Negeri dalam membanteras kegiatan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.