Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

285) MASALAH KEKURANGAN TANAH PERKUBURAN BUKAN ISLAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peratusan perkembangan terkini proses perwartaan Tanah Perkuburan Bersepadu yang bakal diadakan di seluruh Selangor?

    1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JPBD telah kenalpasti empat (4) tapak/lokasi yang berpotensi untuk diwartakan/dibangunkan sebagai Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) Negeri Selangor. Untuk tujuan tersebut, dua tapak cadangan iaitu RRIM, Petaling Jaya (MBPJ) dan Lot 3366, Mukim Sepang (MPSpg) masih belum dilakukakan sebarang proses cadangan pemajuan. Walaubagaimanapun, untuk dua tapak cadangan di Hulu Langat dan Sepang telah ada kemajuan proses cadangan di laksanakan diperingkat PBT iaitu:

     

     

     

    Bil. Daerah Mukim Lot Terlibat Luas Status
    1. Hulu Langat Hulu Semenyih 29 Lot (Lampiran A) 119.944

    ekar

    Permohonan Pengambilan Tanah telah dihantar kepada Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat pada 8.8.2014
    Bil. Daerah Mukim Lot Terlibat Luas Status
    2. Sepang Sepang 1 Lot (Sebahagian Lot 5758) 25 ekar Telah warta pada 12 Julai 2012
              Islam – WKNS No : 2927

    Hindu – WKNS No : 2958

     

              Cina – WKNS No : 2930

    Sumber : Inventori Tanah Perkuburan Bersepadu Negeri Selangor, April 2011

Lampiran

Tiada Lampiran.