Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

77) MASALAH KEMUDAHAN ASAS DI PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu menambah baik kemudahan infrastruktur asas supaya lebih selesa terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan flat-flat sekitar bukit Sentosa?

    MDHS melalui unit COB MDHS akan sentiasa membantu Pihak Pengurusan Bangunan Bertingkat (JMB) bagi mempertingkatkan kemudahan infrastruktur sekiranya keperluan tersebut ada asas untuk dipohon supaya ditambah baik dari keadaan asal. MDHS akan sentiasa usaha memajukan permohonan daripada pihak JMB ke peringkat Kementerian KPKT atau Lembaga Perumahan Hartanah (LPHS) Negeri Selangor bagi tujuan mendapatkan bantuan dan peruntukan kewangan bagi menaiktaraf infrastruktur yang sesuai.

Lampiran

Tiada Lampiran.