Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

114) MASALAH KERJA PENYELENGGARAN MAJLIS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Rakyat memaklumkan tiada penyelenggaraan longkang-longkang, di kawasan Taman Perumahan, kampung-kampung yang berada di kawasan Majlis. Keadaan ini menyebabkan longkang-longkang yang tersumbat menjadi pembiakan nyamuk aedes, dan bila hujan turun lebih satu jam longkang-longkang dipenuhi air memasuki ke rumah. Ini akan membahayakan keselamatan penduduk. Apakah tindakan Kerajaan Negeri mengatasi masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau isu penyelenggaraan ini melalui agensi seperti
    Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan juga Pihak Berkuasa
    Tempatan. Sungguhpun begitu, memang wujud kawasan di mana penyelenggaraan
    hanya berada pada tahap sederhana kerana kos yang ditanggung adalah tinggi kerana
    faktor semasa. Seperti yang dinyatakan kawasan-kawasan kampung yang terletak di
    dalam kawasan majlis, jika dilihat bayaran cukai pintu yang dibayar adalah amat
    minimum akan tetapi perkhidmatan yang diharapkan adalah setaraf dengan kawasan
    perbandaran dan ini menimbulkan kesukaran bagi pihak PBT untuk memenuhinya.
    Malahan ada penduduk yang langsung tidak membayar cukai pintunya dan ia
    mengurangkan pendapatan PBT yang boleh disalurkan semula untuk tujuan
    penyelenggaraan.

Lampiran

Tiada Lampiran.