Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

45) MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan atau tindakan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di DUN Teratai?

    Rancangan/tindakan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas DUN

    Teratai:-

    Membuat kajian semula aliran trafik di setiap persimpangan bagi mengenal pasti masalah.

    Melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf persimpangan jalan untuk melancarkan aliran trafik.

    Membuat penambahbaikan di persimpangan jalan dengan meletakkan lampu isyarat untuk mengelakkan konflik di persimpangan jalan tersebut.

    Membuat penambahbaikan terhadap perabot jalan.

    Melaksanakan kaedah ‘tidal flow’ pada waktu puncak dengan bantuan polis trafik untuk mengawal kesesakan lalu lintas.

Lampiran

Tiada Lampiran.