Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

172) MASALAH KESESAKAN LALULINTAS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan rancangan JKR dalam menangani masalah kesesakan lalulintas di Jalan B48 (sekitar persimpangan Sepang) dijadualkan dalam jarak masa yang panjang. Apakah tindakan kerajaan negeri supaya masalah ini dapat diselesaikan dalam jangka terdekat?

    Sebagai langkah jangka masa terdekat, JKR Daerah Sepang telah menyelaras semula sela (phasing) masa lampu isyarat di beberapa persimpangan yang sering berlaku kesesakan contohnya di Persimpangan Kuarters KLIA.

    Selain itu JKR Daerah Sepang juga memohon bantuan daripada pihak polis untuk mengawal keadaan lalulintas semasa waktu puncak.

Lampiran

Tiada Lampiran.