Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

111) MASALAH KESESAKAN TRAFIK DAN PEMBANGUNAN TAK TERKEKANG DI PETALING JAYA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Menteri Besar akan melaksanakan penghentian sementara / 'moratorium' sebagai satu langkah untuk mengkaji semula keadaan keseluruhan di Petaling Jaya sebelum melakukan sebarang pembangunan atau pembandaran semula?

    MBPJ tidak berhasrat untuk melaksanakan penghentian sementara/ ’moratorium’ bagi
    pembangunan yang sedang berlaku kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan
    pembangunan ekonomi bandar yang juga menyumbang kepada kemakmuran ekonomi
    dan kesejahteraan negeri Selangor. Walaubagaimanapun setiap pembangunan dan
    pembaharuan bandar akan diteliti dari segi impak ke atas halatuju dan pembangunan
    keseluruhan Petaling Jaya seperti yang telah disarankan di dalam Rancangan Struktur
    Negeri Selangor ( RSN ), Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2( DRTPJ2 ),
    Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1( RTPJ1 ), Rancangan Kawasan Khas ( RKK )
    Seksyen 13 dan piawaian perancangan sebelum diberi pertimbangan sewajarnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.