Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

101) MASALAH KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini masalah tersebut dan bagaimanakah penyelesaian secara holistik telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri ?

    Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah sampah yang dihadapi oleh PBT. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengarahkan supaya dilaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan kontraktor yang dilantik menjalankan tugas dengan sempurna. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telah melancarkan Talian Hotline Aduan Sampah (1-800-88-2824) yang diselaraskan oleh Bahagian Korporat SUK Selangor bagi memudahkan semua pihak untuk membuat sebarang aduan berhubung dengan masalah kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dihadapi.

Lampiran

Tiada Lampiran.