Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

78) MASALAH LANDSKAP MBSA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan MBSA untuk menambah baik landskap taman MBSA

    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempunyai sebanyak 618 buah taman permainan, taman awam, padang bola dan futsal seperti berikut :

    Bil Perkara Bilangan
    1. Padang Permainan dan Kawasan Lapang 471
    2. Taman Awam 29
    3. Padang Bola 63
    4. Futsal 55
    JUMLAH KESELURUHAN 618

    Pada tahun 2015, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membelanjakan sejumlah RM 2,203,065.80 untuk menaiktaraf landskap. Antara Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

     

    Bil

     

    Perkara

     

    Kos (RM)

    1. Kerja-kerja      pelebaran     laluan     pejalan     kaki                         dan menaiktaraf kemudahan di Taman Rekreasi Sungai

    Buloh

    582,005.00
    2. Pembangunan Padang Cergas di Shah Alam 830,192.00
    3. Pembinaan satu (1) unit contoh struktur ‘Vertical Garden’

    di Bulatan Setiajasa, Seksyen 5, Shah Alam

    57,884.00
    4. Kerja-kerja menaiktaraf papantanda nama taman-taman awam 343,577.80
    5. Merekabentuk dan memasang tong sampah baru di Taman Tasik Shah Alam 234,747.00
    6. Menaiktaraf kawasan terbuka di hadapan Kompleks

    PKNS

    154,660.00
    JUMLAH KESELURUHAN 2,203,065.80

    Pada tahun 2016, Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merancang untuk menambah baik landskap taman dengan melaksanakan projek-projek seperti jadual dibawah :

    Bil Perkara Kos (RM)
     

    1.

    Menaiktaraf landskap di bulatan, persimpangan, pembahagi jalan dengan penanaman rumput dan pokok berwarna  

    1,000,000.00

    2. Pembinaan lokasi padang cergas sebanyak 12 lokasi 783,000.00
    3. Menganti dan menambah alatan permainan di Taman Tasik Shah Alam 1,200,000.00
    4. Membina sebanyak 24 padang futsal 645,200.00
    5. Menaiktaraf 11 unit ruang dalaman tandas 1,200,000.00
    6. Program Laman Komuniti Shah Alam 2016

    -Pertandingan landskap komuniti di seluruh Shah Alam

    301,000.00
    7. Membangunkan Dusun Komuniti di Sekolah-sekolah

    seluruh Shah Alam

    52,000.00
    8. Membina pagar tasik Taman Tasik Shah Alam 680,500.00
    9. Membekal dan memasang alatan permainan baru di kawasan hijau Dataran Kemerdekaan 606,450.00

Lampiran

Tiada Lampiran.