Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

218) MASALAH-MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengangkutan awam di Negeri Selangor pada masa kini?

    Kerajaan Negeri memberikan komitmen penuh dengan membantu Kerajaan Persekutuan bagi memberikan kemudahan kepada penduduk di Negeri Selangor. Sebagai contoh untuk projek Mass Rapid Transit (MRT), Kerajaan Negeri mempermudah proses Kebenaran Merancang melalui pelan rundingan yang diselaraskan oleh pihak Jabatan Perancang bandar dan Desa (JPBD). Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui PBT bertindak sebagai moderator dalam menyelesaikan isu / masalah cadangan projek Transit Aliran Ringan (LRT) dan Bus Rapid Transit (BRT).

Lampiran

Tiada Lampiran.