Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

123) MASALAH MISKIN BANDAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program bantuan yang kerajaan dirancang bagi rakyat kategori M40 khususnya dia bandar-bandar memandangkan ramai mereka seolah terabai dari segi bantuan-bantuan sama ada negeri mahupun persekutuan?

    Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin merupakan inisiatif dan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan miskin dalam menyediakan kediaman yang selamat dan selesa untuk didiami. Pemilihan penerima bantuan ini adalah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin yang dipengerusikan oleh Tuan Ganabatirau A/L Veraman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Dan Pembangunan Sosio Ekonomi Dan Kerajaan Prihatin bersama ahli mesyuarat iaitu Pejabat Daerah Dan Tanah yang berkenaan tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan.

    Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek juga, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah menambahbaik syarat – syarat sedia ada khususnya syarat umur penerima bantuan ini sejak tahun 2008. Terkini, syarat umur penerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin adalah 45 Tahun Sehingga 75 Tahun yang masih berkuatkuasa sehingga kini berbanding syarat umur sebelumnya iaitu 50 Tahun Sehingga 65 Tahun. Namun begitu, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin akan turut menyemak dan menimbang kes – kes tertentu yang melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak mematuhi syarat umur yang telah ditetapkan.

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri berpandangan penurunan syarat umur sedia ada kepada lingkungan had umur yang relevan pada masa ini perlu diperhalusi disebabkan oleh had umur dibawah 45 tahun masih tergolong di dalam kelompok masyarakat yang masih produktif kecuali yang tidak diperuntukan seperti OKU.

    Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dibincangkan dan diperhalusi secara teliti dan holistik bersama agensi dan jabatan berkaitan khususnya Pejabat Daerah Dan Tanah bagi memastikan syarat – syarat berkenaan selari dengan dasar – dasar Kerajaan Negeri serta Program – program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang lain supaya pemberian Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin ini dapat dimanfaatkan oleh penerima yang benar – benar layak sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.