Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

119) MASALAH MORAL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kes bersekedudukan yang telah dilaporkan dan diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)?

    1. Jumlah aduan yang telah diterima sepanjang Januari 2009 hingga Mac 2010 ialah sebanyak 2052 aduan bagi kes berkesedudukan / khalwat. Sementara aduan yang Berjaya dilaksanakan dan diambil tindakan ialah sebanyak 1764   Jumlah  aduan adalah melebihi daripada jumlah tindakan yang diambil kerana aduan yang diterima tidak kesemuanya boleh diambil tindakan seperti maklumat pengadu yang tidak lengkap, maklumat berkenaan aduan yang tidak lengkap, pengadu tidak mahu bekerjasama dengan pihak penguatkuasa agama, aduan serkap jarang dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.