Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

77) MASALAH MURTAD

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini berdasarkan kes dan statistik?

    Isu murtad bukanlah satu perkara yang baru. Ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Begitulah seterusnya terus berlaku kepada setiap zaman.

    Tidak dapat dinafikan kejadian murtad turut berlaku di Negeri Selangor.

    Kebanyakan kes ini adalah dari kalangan saudara baru (muallaf) yang memeluk Islam bukan didorong oleh kefahaman tentang Islam, tetapi sebab lain seperti berikut:

    1. Dilahirkan dalam keadaan Islam, tetapi dibesarkan oleh keluarga bukan Islam, dan beramal dengan agama penjaganya yang bukan Islam.
    2. Tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna sejak kecil sehingga berhasrat untuk keluar Islam.
    3. Baru memeluk Islam hanya sekadar untuk berkahwin, tetapi dianiayai dan ini kembali ke agama asal. iv. Mendakwa pengislamannya tidak sah kerana bukan dengan kerelaan hati atau dalam keadaan tak sedar.

    Mengikut jumlah pemohon yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bagi menjalani penasihatan aqidah, runding cara atau istitabah di jabatan ini adalah seperti berikut:

    TAHUN
    MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN*
    DAFTAR
    2009 1 1
    2010 4 20 1 25
    2011 5 41 2 48
    2012 2 10 12
    JUMLAH 12 71 3 86

    * Serani dan Filipina

    Terdapat juga kes-kes bukan perintah mahkamah dari kalangan mereka yang memohon terus ke Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk menukar nama dan status agama dalam kad pengenalan setelah permohonan tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara tidak diuruskan.

    Jabatan Mufti Negeri Selangor juga mengambil tanggung jawab memberikan khidmat nasihat bagi kes-kes seperti ini. Tetapi ia bergantung kepada persetujuan dan kerjasama dari pemohon. Kebiasaannya mereka enggan bekerjasama setelah mengetahui bahawa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan permohonan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.