Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

85) MASALAH ORANG KURANG SIUMAN DAN PEMINTA SEDEKAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Orang kurang siuman dan peminta sedekah sering berkeliaran dan mengganggu ketenteraman orang awam dan ada kalanya mendatangkan kecederaan.Siapakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menangani masalah ini?

    Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberi kuasa oleh Menteri melalui Akta
    Orang Papa (AOP) 1977, bagi menjalankan pemantauan dan operasi berjadual
    mengikut daerah masing-masing bagi mengurangkan gejala meminta mengemis.
    Bagi pengemis warganegara Malaysia, tindakan boleh diambil di bawah Sek.3(2) AOP
    1977 iaitu menempatkan mereka selama sebulan dengan perintah penempatan
    sementara oleh Mahkamah bagi mengesan waris/ keluarga di institusi JKM.
    Bagi pengemis yang bukan warganegara akan diserahkan kepada pihak Imigresen
    untuk tindakan selanjutnya.
    Bagi pengemis yang tidak mempunyai keluarga atau waris, setelah perintah
    penempatan sementara tamat, Mahkamah boleh membuat perintah penempatan tetap
    selama tempoh 3 tahun mengikut peruntukan Seksyen 3(4) AOP 1977.
    Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan institusi perlindungan dan pemulihan, iaitu
    Pusat Pemulihan Pengemis (Desa Bina Diri) bagi penempatan orang papa yang
    berumur 60 tahun ke bawah dan Rumah Seri Kenangan bagi mereka yang berumur 60
    tahun ke atas;
    Bagi kes orang tidak siuman, ianya bukan di bawah kuasa JKM dan mereka akan dirujuk
    kepada Jabatan Kesihatan untuk rawatan Psikiatrik atau rawatan yang bersesuai oleh
    jabatan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.