Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

61) MASALAH PADI ANGIN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara spesifik apakah sebenarnya masalah padi angin ?

    Padi angin ialah sejenis padi yang tumbuh bersama dengan tanam an padi di mana
    sifatnya berbeza iaitu mempunyai daya saing pertumbuhan yang tinggi dan
    menghasilkan buah padi yang lebih awal matang dan bersifat mudah relai dan gugur
    dahulu sehingga tidak dapat dituai ketika penuaian dijalankan. Biji padi yang relai awal
    akan tertanam di tanah dan secara evolusi menambahkan bilangan benih dalam tanah
    (seed bank) dari musim ke semusim dalam keadaan dorman. Apabila musim
    penanaman bermula benih padi angin ini akan tumbuh bersama dengan benih padi yang
    ditanam secara tabur terus. Dari hasil kajian mendapati apabila populasi padi angin
    yang tinggi ianya akan memberi persaingan kepada tanaman padi seperti rumpai dalam
    mendapatkan makanan, air dan ruang sehingga menjejaskan hasil padi sebagai contoh
    serangan padi angin 35% (populasi) menyebabkan kehilangan sebanyak 50-60%
    (MARDI). Dari hasil kerja tinjauan dan pengawasan perosak tanaman padi oleh Jabatan
    Pertanian Negeri Selangor di kawasan PBLS, terdapat lot kawasan yang telah pun
    mencapai serangan tinggi «gfrtngff» lebih 30%. Terdapat berbagai jenis dan ciri-ciri padi
    angin wujud yang tumbuh di satu-satu kawasan dan padi angin jenis tinggi lebih jelas
    mendominasikan serangan. Serangan padi angin yang tinggi juga boleh mendatangkan
    kesan negatif lain seperti tanaman mudah rebah dan kejadian serangan perosak (sifat
    tidak rintang dan menjadi perumah).

Lampiran

Tiada Lampiran.