Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

26) MASALAH PAIP AIR KERAP PECAH

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk mengatasi masalah paip air masih kerap pecah, sebagai contoh berlaku di kawasan DUN Dusun Tua?

    Kejadian paip pecah yang berlaku pada jajaran paip utama yang menyalurkan bekalan ke kawasan Dusun Tua adalah disebabkan faktor-faktor berikut;-

    • Paip jenis AC (bersaiz antara 150mm, 200mm dan 250mm) yang mudah pecah
    • Usia paip (melebihi 30 tahun)

    Laluan kenderaan berat (di atas jajaran paip sedia ada di Jalan Hulu Langat

     

    RANCANGAN JANGKA PENDEK

    • Memastikan kerja-kerja pembaikan paip pecah disiapkan dengan kadar segera bagi mengurangkan tempoh masa gangguan kepada
    • Memasang perkakasan mengurus/mengawal takanan (Pressure Reducing Valve-PRV) pada paip di Jalan Hulu Langat bagi mengurangkan berlakunya kejadian paip

     

    RANCANGAN JANGKA PANJANG

     

    • 1 Inisiatif pemasangan paip baharu 600mm di Jalan Hulu Langat bagi menggantikan paip sediada. Namun kekangan daripada pihak berkuasa tempatan (JKR Persekutuan) yang telah menyebabkan penangguhan perlaksanaan pemasangan paip baharu ini.
    • Pelaksanaan pemasangan paip baharu 700mm di dalam Pakej Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat
    • Pelaksanaan pemasangan paip baharu 250mm bermula dari Batu 10 hingga ke Batu 14 Jalan Hulu Langat bagi menggantikan

Lampiran

Tiada Lampiran.