Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

140) MASALAH PAIP AIR KERAP PECAH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk mengatasi masalah paip air masih kerap pecah di kawasan DUN Sentosa ?

    Bagi mengatasi isu paip pecah di kawasan DUN Sentosa, Air Selangor telah   mengambil tindakan berikut:

    • Membuat pembentukan District Metering Zone (DMZ) bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air di dalam paip secara berterusan bagi mengurangkan berlakunya kejadian paip pecah. Bagi kawasan N.48 Sentosa sebanyak 32 DMZ telah dibentuk, melibatkan anggaran 41,492 akaun.
    • Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan kawalan tekanan (kawasan di dalam DMZ), jajaran paip terlibat dikenalpasti dan disenaraikan di dalam senarai keutamaan penggantian paip di bawah program penggantian paip. Walau bagaimanapun, kelulusan dan pelaksanaan program penggantian paip bergantung kepada belanjawan sediada dan kelulusan.
    • Sekiranya paip pecah berlaku di luar kawasan DMZ, kajian dan perancangan akan dibuat bagi membentuk Pressure Management Zone (PMZ). Tujuan pembentukan PMZ adalah sama seperti DMZ, tetapi pada skala yang lebih kecil.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.