Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

157) MASALAH PAIP PECAH DAN KEBOCORAN PAIP UTAMA BEKALAN AIR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk mengelakkan atau mengurangkan insiden paip pecah atau kebocoran paip utama bekalan air?

    Paip pecah adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti paip berusia, paip jenis ‘asbestos cement’ yang mudah pecah, kerja – kerja pihak ketiga, kemalangan dan lain lain. Kerajaan melalui Air Selangor telah pun melaksanakan pelan perancangan dan aktiviti berterusan bagi mengurangkan insiden paip pecah seperti berikut :

     

    • Pelaksanaan Program Penggantian Paip Jenis ‘Asbestos Cement’ (AC)

    Sepanjang 438 km paip jenis AC telah dan sedang diganti kepada paip jenis ‘Ductile Iron’ (DI) dan ‘High-Density Polyethylene’ (HDPE) di bawah Program Penggantian Paip 2016-2018 yang menelan kos berjumlah RM 367 juta. Bagi tempoh pelan perniagaan 2019 hingga 2021, Air Selangor telah merancang untuk menggantikan sepanjang 468 km paip lagi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 399 juta.

    • Pemasangan Sensor Pintar ‘Intelligent Sensor’ dan ‘Leak Detection Works

    Bermula tahun 2018, Air Selangor telah memasang sensor pintar ‘Intelligent Sensor’ (Pressure Transient) di sepanjang paip utama untuk mengesan ‘pressure surges’ dan kebocoran melalui ‘alert’ yang akan disalurkan ke ‘Intelligent Command Center’ (ICC) dan juga pengesanan kebocoran melalui ‘leak detection works’. Sehingga kini sebanyak 66 kebocoran di paip utama telah dapat dikesan melalui sistem ‘pressure transient’ ini dan 72 kebocoran telah berjaya dikesan di sepanjang 832 km jajaran paip utama dalam tempoh 6 bulan tahun ini melalui ‘leak detection works’. Aktiviti ini telah dapat membantu mempercepatkan kerja-kerja pembaikan secara proaktif sebelum kebocoran-kebocoran ini berkembang menjadi kes paip pecah yang lebih rumit serta meminimakan impak masa gangguan.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Air Selangor telah berjaya mengurangkan kes paip pecah dari 20 kes bagi setiap 100 km yang direkodkan tahun 2016 ke 18 kes pada tahun 2017 dan seterusnya menurun kepada 13 kes pada tahun 2018. Pencapaian ini merupakan praktis terbaik (best practise) yang digunapakai oleh industri air di lain-lain negara.

     

    3)         Pelan Jangka Panjang dan Langkah Berterusan

    Air Selangor akan meneruskan usaha dan langkah-langkah bagi mengurangkan insiden paip pecah melalui langkah – langkah berikut :

    1. Mengenalpasti kawasan berisiko tinggi di jajaran paip utama dengan pemasangan lebih banyak lagi ‘Intelligent Sensor’ yang dilengkapi ‘hydro-phones’ pada jarak yang lebih rapat di antara satu sama lain agar berupaya untuk mengesan kebocoran dengan lebih efektif.
    2. Menggerakkan usaha pengesanan kebocoran ‘leak detection works’ dengan lebih kerap di kawasan yang berisiko tinggi.
    3. Menggunakan teknologi terkini yang lebih kos efektif ‘new cost-effective emerging technology’ bagi pemantauan lanjut kondisi paip dan sambungan.Bagi mengurangkan insiden paip pecah oleh pihak ketiga (3rd party), Air Selangor mencadangkan kelulusan permit kerja oleh PBT kepada mana-mana projek pembangunan perlu mendapat sokongan dan maklumbalas daripada Air Selangor yang melibatkan aset-aset perkhidmatan air di rezab jalan-jalan awam, rezab jajaran bekalan air dan berhampiran atau sempadan hak milik Air Selangor (contoh: pemotongan tanah berhampiran kolam air/rumah pam) dan pihak PBT berhak mengeluarkan arahan pemberhentian kerja (Stop Work Order) apabila berlaku insiden paip pecah disebabkan kerja-kerja pihak ketiga atas saranan daripada pihak Air Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.