Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

172) Masalah Paip Pecah Dan Kebocoran Paip Utama Bekalan Air

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk mengelakkan atau mengurangkan insiden paip pecah atau kebocoran paip utama bekalan air terutamanya di DUN Hulu Bernam?

    Bagi mengatasi masalah paip pecah, Air Selangor telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang kritikal untuk disenaraikan dalam program penggantian paip. Di bawah Program Penggantian Paip Tahun 2018, 2019 dan 2020, Air Selangor telah merancang dan melaksanakan penukaran paip dalam kawasan DUN Hulu Bernam seperti senarai berikut:

    Selain daripada itu, pembentukan District Metering Zone (DMZ) dan Pressure Management Zone (PMZ) telah dilaksanakan yang bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air secara optimum dan berterusan bagi mengurangkan berlakunya kejadian paip pecah.
    Sehingga kini, di dalam kawasan DUN Hulu Bernam, terdapat 11 DMZ dan 3 PMZ telah dibentuk, sebagaimana senarai di bawah:

    1. HS.001 Kg. Tengi Selatan
    2. HS.002 Kg. Tengi
    3. HS.004 Kalumpang
    4. HS.019 Ulu Bernam 1
    5. HS.020 Ulu Bernam 2
    6. HS.059 Taman Tempua Bestari
    7. HS.062 Taman Bernam Jaya
    8. HS.081 Felda Gedangsa
    9. HS.082 Sg Dusun
    10. HS.541 Loji Kalumpang
    11. HS.543 Loji Selasik
    12. HS.902 BRH Gedangsa
    13. HS.904 Keliang Kalumpang
    14. HS.905 Pertanian Kalumpang

     

    Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan pelaksanaan kawalan tekanan (kawasan di dalam DMZ dan PMZ), jajaran paip terlibat dikenalpasti dan dimasukkan di dalam senarai keutamaan penggantian paip di bawah Program Penggantian Paip.

Lampiran

Tiada Lampiran.