Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

57) MASALAH PEDOFILIA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan peranan dan tanggungjawap kerajaan untuk membantu mangsa pedofilia di Selangor.

    Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat,

    Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak dengan melindungi mereka dari penderaan melalui peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

    Statistik tahun 2015 hingga tahun 2017 menunjukkan bahawa jumlah penderaan fizikal, emosi dan seksual terhadap kanak-kanak di Negeri Selangor adalah berjumlah 2,529 kes seperti pecahan berikut:

    • Penderaan fizikal : 1,517 kes
    • Penderaan emosi : 95 kes
    • Penderaan seksual : 917 kes

    Mangsa penderaan kanak-kanak akan diselamatkan dan diberi perlindungan oleh JKM. Sesi kaunseling juga akan dijalankan oleh pegawai kaunselor bagi kes yang memerlukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.