Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

221) MASALAH PELANTIKAN KONTRAKTOR PEMBINAAN KELAS F RUMAH PPRT DI DAERAH PETALING

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor daerah ini yang enggan membantu kerajaan negeri untuk menyiapkan rumah pprt yang telah diluluskan?

    Sehingga hari ini, tiada aduan yang dikemukakan berkenaan kontraktor yang enggan membantu Kerajaan Negeri bagi menyiapkan rumah bina baru di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Sekiranya perkara ini berlaku, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk menyenarai hitamkan kontraktor tersebut dari menggunakan perkhidmatan mereka di masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.