Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

73) MASALAH PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagi mengimbangi populasi penduduk di Sabak Bernam yang lebih didominasi oleh warga emas. Apakah rancangan kerajaan menambah peluang pekerjaan yang banyak kepada anak muda di Sabak Bernam supaya mereka tidak berhijrah ke kawasan bandar?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin untuk menambah baik keadaan ekonomi anak muda. Ini termasuklah dalam menambah peluang pekerjaan bagi anak muda luar bandar.

     

    Ini mengambil kira populasi belia yang merangkumi separuh daripada rakyat negeri Selangor berjumlah 6 juta.

     

    Umur 2018 2019
    15-30 1,601,700 orang 1,558,400 orang
    15-40 3,118,700 orang 2,953,900 orang

     

    Sumber: Cawangan Pengurusan Data, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES)

     

    Untuk rekod, kadar pengangguran di Selangor yang dicatatkan adalah seperti berikut:-

    1. 2016 (3.2%)
    2. 2017 (2.8%)
    • 2018 (2.8%)

    Sumber: Jabatan Statistik Malaysia

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri meletakkan sasaran bagi tahun 2019 adalah kadar pengganguran di Selangor menurun kepada 2.5%.

    Walhasil, Kerajaan Negeri mengalu-alukan jika program-program seperti jobfair/kursus dan latihan kemahiran dapat dianjurkan dalam skala kecil di lokaliti terpilih demi membantu belia-belia di kawasan luar bandar.

    Antara langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah dengan meningkatkan pelbagai program pembangunan ekonomi belia sebagaimana berikut:-

     

    1. Program Karnival Kerjaya – Selangor Job Fair

     

    Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan telah menganjurkan program Karnival Kerjaya (Job Fair) secara berkala (2 kali setahun). Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Jobs Malaysia bermula pada tahun 2014.

     

    Program Selangor Mega Job Fair pada awal tahun 2019 adalah program berskala mega yang julung kali dianjurkan. Ia melibatkan sebanyak 180 syarikat swasta terpilih yang mengadakan temuduga terbuka (walk in interview). Sebanyak 180 majikan dan 20 Agensi /Jabatan Kerajaan terlibat. Daripada jumlah itu, lebih 12,000 peluang telah ditawarkan termasuklah 20 majikan yang turut menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada hari tersebut.

     

    Hampir 20,000 pengunjung mendapat manfaat melalui program ini. Jumlah permohonan yang berjaya mendapatkan tawaran pekerjaan pada hari tersebut ialah seramai 237 orang dan seramai 3,482 orang pemohon telah berjaya menghadiri temuduga ke 2. Program yang dilaksanakan ini telah berjaya melibatkan pemohon berdaftar seramai 25,199 orang yang mana seramai 15,623 orang telah berjaya untuk ditemuduga. Daripada jumlah calon yang telah ditemuduga tersebut, seramai 4,790 orang telah berjaya mendapat pekerjaan.

     

    Program ini juga merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan kadar pengangguran. Ia turut membantu syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja dengan mengutamakan penglibatan warga tempatan berbanding warga asing.

     

    1. Kursus/Latihan di bawah Jawatankuasa Tetap Modal Insan

    Program latihan ini turut menekankan konsep hands holding di mana setiap langkah dalam dunia usahawan akan diberikan panduan teliti. Untuk rekod, program ini telah berjaya melahirkan beberapa usahawan muda berjaya.

    • Pendidikan Kemahiran dan Vokasional

     

    Menyediakan pendidikan kemahiran dan vokasional di Kolej INPENS dengan yuran yang berpatutan untuk belia yang kurang berkemampuan namun ingin meneruskan pembelajaran walaupun tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang. Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor ini telah menyediakan peluang pendidikan kemahiran dan vokasional yang dibiayai berdasarkan kelayakan pemohon.

     

    1. Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS)

     

    Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan melalui kursus dalam bidang –  bidang seperti berikut:

    • Kursus Keusahawanan Penternakan (Ruminan & Unggas)
    • Kursus Pemantapan Pemantauan Keusahawanan
    • Kursus Percetakan Segera Pentauliahan Sijil SKM Tahap 3: Peserta Urutan Selepas Bersalin
    • Kursus Keusahawanan Penternakan
    • (Makanan ternakan dan Rancangan Perniagaan)
    • Kursus Soft Skills Usahawan Penternakan & Pengurusan Kewangan (Online)
    • Kursus Keusahawanan Penternakan (Sembelihan Halal & Penyediaan Makanan (BBQ)
    • Mobile Service Aircond
    • Cuci Kasut
    • Mobile Barber
    • Ayam Gunting
    • Terapi Bekam
    • Bakeri
    • Mobile Spa
    • Dekorasi Pelamin
    • Kiosk Sate

    Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori peserta iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal. Daripada tahun 2011 hingga 2018, terdapat 3,248 orang peserta telah terpilih untuk menyertai Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS). Daripada jumlah tersebut, seramai 2,436 orang peserta (75%) telah berjaya menjana pendapatan melalui program tersebut. Purata pendapatan bulanan mencatatkan jumlah tertinggi untuk julat pendapatan antara RM500 – RM2,000 sebulan melalui 1,712 orang peserta (52.71%).

    1. Lain-lain Program di bawah agensi

     

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

     

    • Program Perintis Usahawan (PPU)

    Program Perintis Usahawan ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2007 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (dulu dikenali sebagai Jabatan Pelajaran Negeri Selangor). Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Enam (6) buah sekolah rendah telah terlibat sejak dimulakan pada tahun 2007.

     

    • Program Tunas Niaga (PROTUNe)

    Dalam membudayakan usahawan muda yang berjaya dan berpengetahuan, Program Tunas Niaga (PROTUNe) telah diperkenalkan di Negeri Selangor pada tahun 1998 oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD).

     

    • Program Usahawan Siswazah (GROW)

    Program Usahawan telah dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sejak tahun 2003 dengan memberi fokus kepada latihan dan pembudayaan yang mensasarkan mahasiswa di lapan (8) institusi-institusi pengajian tinggi seperti berikut:

    1. Universiti Teknologi Mara (UiTM);
    2. Universiti Putra Malaysia (UPM);
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
    1. Universiti Industri Selangor (UNiSEL);
    2. INSPENS International College;
    3. Kolej Universiti Selangor (KUIS);
    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); dan
    • City University (City U)

     

    1. b) Program di bawah Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

    Kerajaan Negari telah melaksanakan pelbagai Program untuk Generasi Muda yang berminat menceburi sektor pertanian sebagaimana  berikut :-

    1. Program Agro Muda Selangor (AMSEL);
    2. Program Bantuan Peralatan Pertanian;
    3. Kursus dan Seminar kepada Generasi Muda; dan
    4. Pembukaan Tanah Pertanian

Lampiran

Tiada Lampiran.