Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

60) MASALAH PEMBELI-PEMBELI KONDOMINIUM NUSA MEWAH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah 15 pembeli-pembeli Kondominium Nusa Mewah akan dapat rumah ganti mereka?

    Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, skim pemulihan projek ini dibuat melalui Skim ‘Arrangement’ di bawah Seksyen 176, Akta Syarikat 1965 yang telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 September 2010. Oleh kerana kegagalan menandatangani perjanjian tambahan dalam masa yang ditetapkan maka pembatalan perjanjian jual beli asal telah dibuat oleh pelikuidasi Tetuan Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd. Dengan itu, unit mereka telah diserahkan secara kontra kepada pemaju penyelamat bagi menampung kos pemulihan projek.  Sehubungan dengan isu penamatan perjanjian tersebut, perkara ini telah dibentangkan dalam mesyuarat EXCO-MTES pada 25 Jun 2014 dengan memutuskan supaya pelikuidasi menawarkan semula unit kepada 136 pembeli dengan kos tambahan yang ditetapkan sekitar RM30,690.00 berserta kadar faedah sebanyak 8% di atas kelewatan menandatangani perjanjian jual-beli. Pada 21 Mac 2016, satu perbincangan telah diadakan yang dipengerusikan oleh EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar melibatkan YB ADUN Teratai, LPHS, wakil pembeli seramai 15 orang dan pelikuidasi. Pelikuidasi memaklumkan sebanyak 224 unit daripada 360 unit telah diserahkan kepada pembeli asal manakala baki 136 unit telah dibatalkan perjanjian asal pembeli dengan dijual kepada pembeli baru. Penamatan perjanjian tersebut dibuat setelah perbincangan antara pihak pelikuidasi dengan pihak bank dipersetujui dengan menawarkan pembayaran semula (refund) berasaskan jumlah kewangan yang telah dikeluarkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.