Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

107) MASALAH PEMBERIAN TANAH DI KAMPUNG KERETAPI BUKIT BADONG

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah pemberian tanah kepada peneroka-peneroka di Kampung Keretapi Bukit Badong ini akan diselesaikan?

    Pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) telah mengadakan perjumpaan bersama pihak penduduk di Kampung Keretapi, Bestari Jaya pada 5 Oktober 2019 dan telah memaklumkan bahawa setelah beberapa mesyuarat yang telah diadakan di antara pihak RAC dan Kerajaan Negeri, RAC tidak dapat mempertimbangkan pemberimilikan tanah kepada penduduk tempatan atas sebab-sebab berikut :-

    1. Tanah rizab keretapi telah dirizabkan untuk kegunaan operasi keretapi sahaja dan tidak terhenti daripada dirizabkan ;
    2. Tanah rizab keretapi adalah utnuk tujuan kegunaan keretapi dan bukan tujuan penempatan ;
    3. Pembangunan sector keretapi negara berkembang pesat maka tanah rizab keretapi di Bukit Badong perlu dikekalkan bagi tujuan pembangunan pengangkutan keretapi pada masa hadapan ; dan
    4. Sekiranya pelepasan tanah tersebut dilaksanakan, pihak Kerajaan Persekutuan akan menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk melaksanakan projek pembangunan perkeretapian di masa hadapan kerana ianya akan melibatkan kos pengambilan tanah di samping kos-kos lain.

     

    Mesyuarat di antara RAC bersama mantan YBhg. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) telah memutuskan bahawa RAC tidak akan melepaskan tanah tersebut tetapi akan memberi penyewaan/pajakan kepada penduduk.

    Pihak RAC juga telah memutuskan untuk tidak diberikan pemberimilikan kepada penduduk dan membenarkan sewaan kepada penduduk tempatan/setinggan di Negeri Selangor dan negeri-negeri lain yang terlibat seperti di Negeri Pahang dan Kelantan. Kadar yang telah ditetapkan kepada penduduk setinggan adalah dengan kadar nominal iaitu RM100 (sebulan) bergantung kepada jumlah pendapatan isi rumah.

    Pihak RAC telah memberikan Borang Permohonan Penyewaan Tanah Berhakmilik/Rezab Kuarters, Gudang, Ruang di atas Tanah Keretapi kepada penduduk. Borang tersebut adalah seperti di Lampiran .

Lampiran

Tiada Lampiran.