Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

196) MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran?

    Perkara ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat STANCO Kehidupan Bandar Negeri Selangor Bil. 3/2014 bertarikh 27hb Oktober 2014. Status terkini tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong adalah seperti berikut :-

     

    I.         Penempatan peneroka bandar (setinggan)

     

    • Senarai-senarai nama tersebut dikemukakan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan dibentangkan di Mesyuarat Exco MTES untuk makluman dan

     

    • Seramai 181 penama setinggan Jalan Papan yang wajar ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM99,000.00.
    • Seramai tujuh (7) penama setinggan Jalan Bukit Kerayong dipertimbangkan untuk ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM99,000.00.
    • Sejumlah 35 keluarga yang masih mempunyai struktur di tapak (Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong) ditawarkan rumah kos sederhana dengan harga

     

     

    • Senarai nama tersebut tidak akan dipamerkan semula untuk pandangan awam.

     

    • Pemaju dikehendaki untuk mengemukakan cadangan kepada Majlis berhubung kaedah penyelesaian yang bersesuaian bagi menempatkan penduduk tersebut   mengikut   jumlah   yang   telah   ditetapkan dengan

     

    menambah bilangan unit rumah daripada 123 unit kepada 223 unit merujuk kepada keperluan penempatan tersebut.

     

     

    • Pemaju perlu membina rumah kos sederhana dalam tempoh dua (2) tahun di tapak yang telah dikhaskan di Jalan Papan mengikut pelan lulus MPK bil.MPK/KS/87A/2007. Peneroka Bandar (setinggan) perlu diberi keutamaan untuk ditawarkan dengan pengesahan daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor melalui Mesyuarat Stanco Setinggan, Negeri

     

    • Segala urusan pemindahan adalah di bawah tanggungjawab pemaju sepenuhnya.

    II.         Penempatan pengusaha bengkel dan pekedai.

    • Isu ini akan dibentangkan di Mesyuarat EXCO MTES untuk pertimbangan:-
    • Pihak Majlis Perbandaran Klang tidak dilibatkan lagi di dalam menyelesaikan isu setinggan di Bukit Kerayong, sebaliknya perlu ditanggung dan diselesaikan oleh pemilik tanah (pemaju).
    • Pemaju dikehendaki mengemukakan pelan kebenaran merancang dengan meminda satu (1) blok kedai kos rendah kepada blok industri (ringan/sederhana) bagi menyesuaikan jenis/aktiviti oleh pengusaha sediada di
    • Pemaju perlu membina kedai kos rendah dalam tempoh dua (2) tahun di tapak yang telah dikhaskan di Jalan Papan mengikut pelan lulus MPK bil.MPK/KS/87A/2007. Pengusaha (setinggan) perlu diberi keutamaan untuk ditawarkan dengan pengesahan daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor melalui Mesyuarat Stanco Setinggan, Negeri
    • Segala urusan pemindahan adalah di bawah tanggungjawab pemaju
    • Pengusaha bengkel dan pekedai dibenarkan berada di tapak sediada sehingga penempatan baru (kedai kos rendah) disiapkan oleh
    • Sekiranya struktur bengkel atau kedai tersebut perlu dipindahkan atau tujuan penyediaan rezab awam seperti pelebaran jalan utama atau penyedian jajaran simpanan parit maka penempatan sementara harus disediakan oleh pihak pemajuan dan segala urusan serta kos di bawah tanggungjawab

     

Lampiran

Tiada Lampiran.