Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

28) MASALAH PEMOTONGAN BEKALAN AIR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini?

    Berdasarkan analisis yang dibuat oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS), punca menyebabkan masalah pemotongan air di Ruvena Villa adalah disebabkan dua (2) faktor berikut:

    • Paip air dalaman di bawah tanah mengalami kebocoran di kebanyakan kawasan dalam pangsapuri tersebut.
    • Peratus pembayaran caj dan bil air oleh penduduk sangat rendah iaitu sekitar 50% sahaja.

    Atas dasar keprihatinan ke atas 3,670 penduduk di Pangsapuri Ruvena Villa,

    Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 6 Jun 2013, bersetuju untuk membaikpulih paip dalaman tersebut dengan anggaran kos RM300,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Ribu sahaja).  Selain itu, Syarikat Bekalan Air Sdn. Bhd. (SYABAS) tidak dibenarkan untuk membuat pemotongan bekalan air berdasarkan tunggakan bil air meter pukal sehingga kerja-kerja baikpulih paip dalaman berkenaan selesai.  Walau bagaimanapun, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk Pangsapuri Ruvena Villa masih bertanggungjawab untuk membayar bil air semasa.

    Manakala, untuk mendapatkan komitmen daripada pemilik yang mempunyai tunggakan caj dan bil air, JMB Ruvena Villa juga diminta mengemukakan senarai nama pemilik-pemilik terbabit kepada Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Sepang supaya notis kesalahan dapat dikeluarkan kepada mereka. Mana-mana pemilik yang masih ingkar untuk mematuhi notis tersebut, prosiding bagi tindakan pendakwaan ke mahkamah akan diambil oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.