Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

101) MASALAH PENCEMARAN KILANG

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sistem pemantauan Jabatan Alam Sekitar bagi mengatasi masalah pencemaran kilang-kilang di Hulu Selangor memandangkan JAS tidak mempunyai cawangan di daerah Hulu Selangor?

    Penyelesaian masalah/ isu-isu pencemaran dan penguatkuasaan ke atas puncapunca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di kawasan Daerah Hulu Selangor dilaksanakan oleh Cawangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor yang berpejabat di Taman Perindustrian Batu Caves. Cawangan ini bertanggungjawab untuk memantau isu-isu pencemaran yang berada di bawah bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar di Daerah Gombak dan Daerah Hulu Selangor. Selain dari itu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor di Shah Alam juga akan memantau dan menjalankan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu kilang kelapa sawit, kilang getah asli mentah dan premis kemudahan pengolahan serta pemerolehan kembali buangan terjadual

Lampiran

Tiada Lampiran.