Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

226) MASALAH PENDAPATAN & HASIL PADI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan petani terutama pengusaha sawah padi?

    1. Bagi membantu meningkatkan pendapatan petani, Jabatan Pertanian menyediakan insentif dan bantuan untuk mengurangkan kos pengeluaran sawah padi. Antaranya bantuan dalam bentuk input baja tambahan, baja organic, kawalan perosak dan khidmat nasihat. Selain itu, promosi dan pengenalan varieti padi baharu dibuat oleh Jabatan Pertanian dengan menyediakan bantuan penanaman secara transplanter di kawasan sawah terpilih.

Lampiran

Tiada Lampiran.