Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

84) MASALAH PENDATANG ASING

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menangani isu pendatang asing yang berleluasa dan berniaga secara terbuka di Selangor sehinggakan menggugat peniaga-peniaga tempatan terutamanya di Pasar Borong Selayang?

    Semua lesen yang dikeluarkan adalah terdiri daripada pemohon-pemohon warganegara. Tiada lesen dikeluarkan kepada warga asing. Pihak majlis sentiasa bekerjasama dengan pihak Imigresen di dalam mengambil tindakan di kawasan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.