Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

106) MASALAH PENDUDUK BANGI GOLF RESORT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Persatuan Penduduk Bangi Golf Resort Fasa Satu Bangi mendakwa mereka diabaikan oleh pemilik Bangi Golf Resort yang 60% dimiliki Singapura dan hanya 40% dimiliki oleh PKNS. Mengapakah Bangi Golf Resort & Develpoment Corporation Sdn. Bhd. dan PKNS mengabaikan keperluan infra-struktur bagi kawasan perumahan Golf Resort Fasa Satu, Bangi ?

    Bangi Golf Resort tidak mengabaikan infrastruktur tersebut. Bangi Golf Resort akan
    melaksanakan perkara-perkara yang dikehendaki oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
    iaitu :
    i) Menurap semula keseluruhan jalan yang terlibat di dalam kawasan pengambilalihan.
    Ketebalan turapan hendaklah 50mm ’asphaltic concrete course’ (ACWC 14).
    ii) Mengecat semula garisan jalan (road marking) menggunakan jenis cat ’hot applied
    thermoplastic’ setebal 3mm.
    iii) Membaiki susur jalan (road kerb) termasuk kerja-kerja mengecat.
    iv) Membaiki parit-parit serong (scupper drain) yang rosak.
    v) Bonggol jalan (speed hump) yang tinggi hendaklah diperbaiki mengikut spesifikasi MPKj.
    vi) Menukar papan tanda yang telah rosak.
    vii) Membaiki longkang/parit yang rosak termasuk kerja-kerja pembersihan dan meracun
    rumput rampai yang tumbuh di dalam longkang.
    viii) Menebang pokok-pokok liar yang tumbuh di tepi cerun sempadan kolam takungan air
    JBA.
    ix) Lintasan golf-bonggol, tanda (cat) dan papan tanda perlu dibuat pada laluan buggy bagi
    memberhentikan ’buggy’ untuk memeriksa atau meninjau kereta dan kenderaan bermotor
    di lima (5) lintasan golf.
    x) Memasang pagar ’chain link’ di hujung Lorong Golf.
    xi) Mengalihkan semua ’boom gate’ dan pondok pengawal serta mencatikkan semula
    kawasan berkenaan seperti sediada.
    xii) Mengemukakan pelan ’as-built’ jalan, perparitan, lampu jalan dan sebagainya yang
    disahkan oleh Jurukur Bertauliah.
    Bangi Golf Resort juga dimaklumkan dan dinasihatkan bahawa segala jalan raya
    berkenaan terpaksa diserahkan kepada MPKj sepertimana yang dikehendaki oleh
    undang-undang. Sebaik sahaja diserahkan, jalan raya tersebut akan dianggap sebagai
    jalan awam dan orang ramai tidak boleh disekat atau dihalang menggunakan jalan raya
    tersebut. Oleh hal demikian, pondok pengawal dan keselamatan yang ada di jalan raya
    tersebut tidak dibenarkan lagi di bawah undang-undang.
    Apabila keseluruhan jalan yang terlibat di Bangi Golf Resort ini telah diserahkan kepada
    MPKj, ia akan menjadi tanggungjawab MPKj untuk menyelenggara dan menjaganya.
    Oleh kerana itu, Bangi Golf Resort telah memberhentikan perkhidmatan-perkhidmatan
    yang berkenaan kepada penduduk-penduduk di Fasa 1, Bangi Golf Resort pada 30 April
    2008. Bangi Golf Resort juga tidak menghantar sebarang bil tuntutan caj
    penyelenggaraan kepada penduduk-penduduk di Fasa 1, Bangi Golf Resort
    berkuatkuasa dari 1 Mei 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.