Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

243) MASALAH PENEMPATAN BARU DI JALAN BUKIT CHERAKAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak 2001 terdapat penempatan baru sekitar 15 rumah di Jalan Bukit Cherakah, kawasan sempadan daerah Kuala Selangor/Klang. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyediakan keperluan asas di kawasan itu seperti bekalan air dan api?

    Kawasan melibatkan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam ialah terletak di dalam Seksyen U15, Shah Alam. Terdapat sebuah penempatan sedia ada iaitu Kampung Bukit Cherakah Jaya seluas 66.20 ekar. Keperluan asas seperti bekalan air dan api adalah di bawah tanggungjawab agensi lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.