Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

163) MASALAH PENGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan program yang dilihat mempunyai potensi dalam pasaran pekerjaan sebagai penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan belia di Selangor dan apakah langkah proaktif untuk membantu siswazah menganggur di Selangor

    Kerajaan Negeri memandang serius masalah pengangguran di Negeri Selangor khususnya di kalangan belia. Bagi menangani masalah tersebut, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Selangor Retrenchment Helpline yang dikendalikan oleh Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN). Melalui program ini, belia yang sedang mencari peluang pekerjaan boleh mendaftar di laman web  tersebut.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan Kaunter Pendaftaran Pekerjaan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpilih. Belia boleh datang secara walk-in ke PBT tersebut bagi tujuan pendaftaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.