Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

217) MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN BELIA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT) untuk mengurangkan masalah pengangguran di kalangan belia Negeri Selangor

    Jawatankuasa Tetap Belia  dan Sukan sentiasa membuka peluang kepada para belia untuk meningkatkan taraf hidup melalui ekonomi bagi menggelakkan pengangguran. Pelbagai program sedia ada telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa ini dan lain-lain Jawatankuasa seperti berikut :

    1. Kursus-kursus Usahawan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Usahawan yang mana Jawatankuasa ini melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT) harus menyediakan peserta di kalangan belia;
    2. Program Jom Kerja yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan untuk para belia yang ingin mencari kerja dan Jawatankuasa ini terlibat dalam program tersebut; dan
    3. Program-program kemahiran yang dilaksanakan oleh Jawatankuasajawatankuasa lain.

    Pada tahun ini, Jawatankuasa ini turut membantu perlaksanaan Selangorku bagi program Usahawan Muda yang mempunyai geran sebanyak RM30juta. Kerajaan Negeri percaya melalui perlaksanaan program Usahawan Muda di bawah

    Selangorku ini, ramai belia di Negeri Selangor dapat dibantu.

Lampiran

Tiada Lampiran.