Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

16) MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN GRADUAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu siswazah di Negeri Selangor bagi mendapatkan pekerjaan?

    Dalam usaha bagi membantu siswazah mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor telah melaksanakan inisiatif berkaitan bagi menarik pelaburan yang berpotensi dengan mengambil pendekatan dasar terbuka bagi meneruskan kecemerlangan pertumbuhan ekonomi negeri. Sejak penubuhan, Invest Selangor telah berjaya menarik lebih daripada 5,104 projek perkilangan di Selangor. Secara tidak langsung bertanggungjawab untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dan menarik kepada belia Selangor khususnya kepada golongan siswazah.

Lampiran

Tiada Lampiran.